Connect with:




Nama Hakan Sukur tidak asing lagi dalam bola sepak Turki. Bekas pemain Galatasaray, Inter Milan dan Blackburn Rovers ini antara tunjang utama pasukannya ketika meraih tempat ketiga Piala Dunia 2002 di Korea.

Sukur masih memegang rekod jaringan terpantas Piala Dunia iaitu 11 saat ketika menewaskan Korea Selatan dalam penentuan tempat ketiga.

Selepas bersara pada tahun 2008, Sukur mengalihkan kariernya ke arena politik. Tiga tahun kemudian, Sukur diangkat menjadi ahli parlimen, mewakili parti yang memimpin kerajaan iaitu Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP).

Bagaimanapun, semuanya berubah selepas Sukur dikaitkan dengan Gulen Movement iaitu sebuah pergerakan yang membelakangi Presiden Turki,┬áRecep Tayyip Erdo─čan yang akhirnya membuatkan Sukur dibuang negara pada 2016.

Sukur bukan sahaja dibuang negara malah butik perniagaan milik isterinya dirosakkan selain bapanya dipenjara.

Sukur kini berada di Amerika Syarikat, menerima perlindungan di negara tersebut.

“Saya kini tidak memiliki apa-apa. Segala aset milik saya telah dibekukan.

“Saya telah membuka kafe di California malangnya tidak mendapat sambutan. Kini saya terpaksa menyara kehidupan dengan menulis buku serta menjadi pemandu uber” ujar Suker dipetik dari Football Italia.

Suker bukanlah satu-satunya bintang sukan Turki yang dibuang ekoran kritikannya terhadap pemimpin negara tersebut. Bintang NBA, Enes Kanter turut mengalami perkara yang sama.