Connect with:




Simon Mignolet menyifatkan bahawa pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah seorang yang merendah diri walau dia sekarang kini berada di puncak kerjayanya.

 

Menurut Mignolet lagi, dia (Salah) sentiasa melakukan tugasnya diatas padang sehingga berjaya menjaringkan gol, bukan itu sahaja dia turut membantu bahagian pertahanan untuk bertahan apabila diserang oleh pihak lawan.

 

Radja Nainggolan juga tidak menafikan kenyataan itu terhadapa Mignolet bahawa Salah seorang pemain yang hebat.

 

Dia (Nainggolan) juga tidak menyangka pemain sayap yang bertubuh kecil itu mampu menghasilkan jumlah gol yang banyak, sementara itu dia turut menjadi pengundi buat Salah untuk pemain terbaik tahunan.

 

Ketika pulang ke Mesir, Salah yang sudah meledak 20 gol menggunakan gajinya untuk membayar sekolah baharu dan khidmat ambulans.

 

Sabtu ini The Reds dijadualkan akan bertemu Arsenal untuk saingan Liga Perdana Inggeris di Emirates Stadium.

 

Foto: Sport360

 

.