Walaupun tewas dengan agregat 7-6 ke atas Liverpool, namun pengurus AS Roma Eusebio di Francesco bangga dengan prestasi dan semangat juang yang dipamerkan anak buahnya selepas menumpaskan Liverpool 4-2 pada aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Aksi babak pertama yang menyaksikan Roma ketinggalan selepas gol pembukaan Sadio Mane namun kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan sendiri James Milner.

Roma yang memerlukan empat gol untuk memadam kelebihan lawan bangkit di babak kedua menerusi jaringan Edin Dzeko dan dua gol Nainggola tetapi mereka tewas kepada Liverpool di laman sendiri.

Ianya tidak mencukupi untuk menghadiahkan final pertama Kejuaraan Eropah buat Roma sejak 1984.

Terdahulu, Roma menewaskan Barcelona 3-0 di laman sendiri untuk memadam defisit 4-1 pada aksi suku akhir.

“Tiada apa-apa lagi yang kami boleh buat. Tahun ini adalah tahun yang indah kerana kami telah melakukan sesuatu yang luar biasa,” kata Di Francesco.

” Liverppol bermain seperti sebuah pasukan yang hebat. Mereka berhak untuk menang.

“Mereka menang dari semua aspek dan mereka tidak merampas apa-apa daripada kami.”

“Perlu ada lebih banyak perlawanan seperti ini. Cukup menakjubkan melihat penyokong malam ini. Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan keajaiban pada malam ini.”

Sementara itu, Pengarah Sukan Roma, Monchi meluahkan rasa tidka puas hati kerana Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak digunakan dalam Liga Juara-Juara selepas mendakwa pengadil melakukan beberapa kesilapan pada aksi separuh akhir itu.

“VAR perlu digunakan. Saya tidak faham mengapa tiada VAR dalam perlawanan penting ini,” kata Monchi yang mendakwa mereka sepatutnya mendapat dua sepakan penalti dan gol Liverpool pada perlawanan pertama sebenarnya ofsaid. – REUTERS

Foto Kredit: Tribuna