Connect with:




 

Atlet penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri yakin bahawa beliau mampu memberikan aksi terbaik sekali gus memberi pingat kepada negara di Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, bulan depan.

Nur Dhabitah akan bergandingan dengan penerjun senior, Leong Mun Yee dalam beberapa acara seperti acara 1m papan anjal, 3m papan anjal dan 3m papan anjal seirama serta 10m platform seirama.

Biarpun tidak beberapa perform ketika di dua Kejohanan Terjun Siri Dunia di Beijing, China dan Fuji, Jepun, ia bukan alasan untuk Dhabitah membuktikan keupayaan di kejohanan berprestij ini.

Foto Kredit : thebornepost.com

Ini bukanlah penyertaan pertama beliau kerana ketika Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, beliau telah memenangi pingat gangsa dalam acara 10m synchro platform ketika bergandingan dengan Pandelela Rinong.

Dengan pengalaman yang luas ini, sudah pasti beliau mampu memberi aksi yang terbaik di Sukan Komanwel nanti.

Foto Kredit : Youtube