Kali terakhir penunggang Moto2 negara, Hafizh Syahrin menaiki podium pada Kejuaraan Dunia adalah 5 tahun lalu di halaman sendiri, Litar Sepang.

Ketika itu, beliau beraksi atas tiket wildcard. Kejayaan tersebut mencetus fenomena dengan Hafizh dianggap sebagai pelumba utama selepas Zulfahmi Khairuddin.

Sejak itu, setiap perlumbaan, peminat sukan permotoran Malaysia akan memberi tumpuan terhadap tunggangan dan aksi Hafizh. Musim demi musim, Hafizh tidak dapat mengulangi kejayaan podiumnya.

Musim lalu, tiga kali Hafizh hampir menaiki podium iaitu pada perlumbaan di Qatar, Catalunya dan juga Silverstone yang menyaksikan Hafizh mengakhiri perlumbaan di tempat keempat.

Mungkin disebabkan itu, Hafizh tidak dapat membendung emosinya selepas berjaya menaiki podium buat kali pertama sejak 2012 dan pertama di luar bumi Malaysia menerusi perlumbaan di San Marino pada Ahad.

Hafizh turut memberitahu antara perkara yang membuatkan dirinya bermotivasi tinggi untuk mengejar kelompok atasan adalah kejayaan atlet-atlet Malaysia di Sukan SEA tempoh hari.

Dalam perlumbaan di San Marino, Hafizh menduduki tempat ketiga dibelakang dua pelumba Switzeland, Dominique Aegerter dan Thomas Luthi.

Seorang lagi pelumba Malaysia, Khairul Idham Pawi juga mempamerkan prestasi membanggakan dengan berada di kedudukan 9 terbaik.