Connect with:




Pernah dengar sukan kitesurfing? Ia lebih kurang satu gabungan sukan luncur ombak dengan pelayaran tetapi peluncur menggunakan layang-layang untuk menggerakkan papan luncur.

Di Malaysia, atlet paling cemerlang dalam sukan ini ialah Daniel Leow. Baru-baru ini beliau telah menjuarai siri pertama KTA Asia-Pacific Hydrofoil Series di Koh Samui, Thailand.

Dalam majalah sukan edisi ke-71, kami ada menemubual secara eksklusif Daniel mengenai sukan ini. Bagi mereka yang berada di Johor, apa kata anda berkunjung ke pantai Desaru pada 15 dan 16 Disember ini.

(Baca artikel penuh di e-majalah Dunia Sukan edisi 71 dengan memuat turun secara percuma di laman web atau di applikasi pintar Dunia Sukan menerusi GOOGLE PLAY dan APP STORE.)

Pada tarikh tersebut, Desaru Coast akan menjadi tuan rumah untuk pusingan kedua KTA Asia-Pacific Hydrofoil Series.

Berikut komen Daniel mengenai keunikan acara tersebut serta apakah yang akan dipersembahkan kepada penonton yang hadir di Desaru nanti.

“KTA Asia-Pacific Hydrofoil Series merupakan siri perlumbaan kitesurfing yang cukup dihormati di rantau ini. Saya sangat kagum dengan penganjurannya dari segi pemarkahan, logistik, juri dan perlumbaan. Semua akan bertanding secara sihat, tiada unsur berat sebelah.

“Saya kira pemilihan Desaru sebagai venue pertama di Malaysia yang akan menganjurkan sala satu siri perlumbaan KTA Asia-Pacific adalah sangat bertepatan. Saya juga baharu sahaja mencuba meluncur di Desaru, Johor dan boleh saya katakan, ia juga sangat menarik. Pada pendapat saya, peluncur-peluncur luar negara pasti menyukai Desaru kerana ombaknya lebih besar” jelas Daniel.

Maklumat lanjut mengenai venue pertandingan dan siri kejohanan ini, layari http://www.kiteboardtour.asia/ dan https://desarucoast.com/