Connect with:




IRONMAN, syarikat milik Kumpulan Sukan Wanda, bakal mencatat sejarah baharu pada 2020 apabila Desaru Coast Malaysia menganjurkan edisi sulung Pesta Sukan Desaru Coast yang dibawakan oleh IRONMAN pada 17 hingga 19 April ini.

Siri triathlon yang semakin berkembang ini akan dilangsungkan buat julung kalinya di Desaru Coast, iaitu salah satu destinasi pelancongan tepi pantai tropikal terletak di penghujung selatan Semenanjung Malaysia.

IRONMAN 70.3 Desaru Coast nampaknya begitu menarik minat dalam kalangan atlet triathlon seluruh dunia sehinggakan kesemua slot yang disediakan sudahpun habis direbut empat bulan sebelum berlangsungnya perlumbaan itu. Antara daya tarikan terbesar untuk acara ini pastinya 60 slot kelayakkan yang ditawarkan ke Kejohanan Dunia IRONMAN 70.3 2020 di New Zealand.

Geoff Meyer, Pengarah Urusan IRONMAN Asia, berkata: “Kami berasa teruja bahawa slot peyertaan IRONMAN 70.3 Desaru Coast telahpun habis dijual, dan perkembangan ini semestinya satu perakuan kepada peningkatan kepopularan sukan ini. Kami juga yakin bahawa acara-acara lain – 5150 Desaru Coast, Sprint Desaru Coast dan IRONKIDS Desaru Coast akan mendapat sambutan hangat dalam kalangan atlet-atlet di venue indah ini.”

Penganjur Pesta Sukan Desaru Coast yang dibawakan oleh IRONMAN kini mengajak pula atlet-atlet berpotensi dan baharu mahu berkecimpung dalam dunia sukan triathlon ini untuk tidak melepaskan kesempatan mengambil bahagian dalam 5150 Desaru Coast dan Sprint Desaru Coast. Terdapat banyak lagi slot untuk kedua-dua acara ini yang format pertandingannya diolah khas untuk mereka yang bertanding buat kali pertama.

Bagi ibu-bapa yang berhasrat untuk menjadikan Pesta Sukan Desaru Coast sebagai percutian sekeluarga, maka mereka bolehlah mendaftarkan anak masing-masing dalam IRONKIDS Desaru Coast. Pendaftaran telahpun dibuka baru-baru ini pada 15 Januari 2020.

Pesta Sukan Desaru Coast 2020 yang julung kalinya dianjurkan di Asia itu, mempertandingkan empat kategori – IRONMAN 70.3 Triathlon, 5150 Desaru Coast selain IRONKIDS® dan perlumbaan Sprint.

IRONMAN 70.3 Desaru Coast bakal menjadi perlumbaan ketiga yang Malaysia jadi tuan rumah dalam sirkit IRONMAN Asia selepas IRONMAN Malaysia dan IRONMAN 70.3 Langkawi.

Bertempat di penghujung Semenanjung Malaysia, Desaru Coast menampilkan laluan perlumbaan berpemandangan indah dengan pantai sepanjang 17km yang pasirnya memutih dan menghadap air laut membiru untuk dinikmati oleh semua peserta yang bertanding. Ia disempurnakan lagi dengan cuaca panas tropikal. Perlumbaan akan dimulakan dengan satu pusingan renang 1.9km, di mana garisan permulaannya ditetapkan berhampiran dengan hotel rasmi, The Westin Desaru Coast Resort.

Ia diikuti dengan kayuhan 90-km (56-batu) merentasi dua pusingan laluan berbasikal yang rata dan selesa di sepanjang pinggir pantai. Para atlet kemudiannya akan dicabar pula dengan larian terakhir sejauh 21.1-km (13.1-batu) menuju ke garis penamat di The Westin Desaru Coast Resort.
Pesta Sukan Desaru Coast 2020 kini hanya berbaki 13 minggu sebelum ianya dilangsungkan. Acara ini menandakan kehadiran IRONMAN di Malaysia untuk selama dua dekadnya.
Setakat ini, IRONMAN 70.3 Desaru Coast telah menarik penyertaan lebih 1,350 atlet, termasuk 320 daripada mereka yang bertanding buat kali pertama.
Malaysia juga terus dianggap sebagai destinasi pilihan oleh peserta dari seluruh dunia, dengan sebahagian besar daripada 68.44% yang mendaftar merangkumi atlet antarabangsa. Penyertaan atlet tempatan juga cukup menggalakkan kerana meliputi 31.56% jumlah penyertaan kali ini.
Secara keseluruhannya, perlumbaan kali ini menampilkan 86% peserta lelaki dengan baki 14% terdiri daripada atlet wanita.

“Kami berbesar hati untuk membawakan siri IRONMAN ini ke venue kami dengan harapan besar untuk mempopularkan sukan triathlon kepada orang ramai. Ini juga sebabnya mengapa kami memperkenalkan siri 5150 dan sprint. Kami amat berharap bahawa lebih ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat akan turut serta dalam acara ini, sekaligus menikmati satu hujung minggu yang tidak dapat dilupakan,” kata CG Lim, Pengarah Serantau, Malaysia, IRONMAN Asia.

““Kami berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada Pesta Sukan Desaru Coast yang dibawakan oleh IRONMAN yang pertama di Asia dan amat mengalu-alukan bukan sahaja atlet-alet, malahan ahli keluarga dan sahabat mereka ke Desaru Coast. Dengan cuaca dan rupa buminya yang hebat, kami berharap dengan penganjuran acara sukan antarabangsa seperti Pesta Sukan Desaru Coast yang dibawakan oleh IRONMAN ini akan menjulang reputasi Johor dan Desaru Coast selaku destinasi pelancongan sukan yang digemari di rantau Asia Tenggara,” kata Roslina Arbak, Ketua Pegawai Eksekutif, Desaru Development Holdings One Sdn Bhd (DH1).

Pesta Sukan Desaru Coast yang dibawakan oleh IRONMAN merupakan salah satu acara dalam jadual acara tahunan destinasi itu, yang terdiri daripada pelbagai acara istimewa berasaskan sukan, gaya hidup dan hiburan, kesemuanya direka secara eksklusif untuk memupuk reputasi Desaru Coast selaku destinasi pilihan bagi acara berprestij tinggi.

Terletak di tenggara Semenanjung Malaysia, Desaru Coast mudah dihubungi melalui jala darat, laut mahupun udara dan menawarkan kepelbagaian pilihan percutian menarik yang tidak sahaja terhad kepada acara sukan berkaliber tinggi, malahan peluang yang tidak terhingga untuk para atlet dan pengunjungnya melepaskan diri daripada kesibukkan bandar.

Daftar sekarang untuk 5150 Desaru Coast https://www.ironman.com/5150-desaru-coast-register
Daftar sekarang untuk Sprint Desaru Coast https://endurancecui.active.com/event-reg/select-race?e=64228752

Media sosial – https://www.facebook.com/im703desarucoast https://www.instagram.com/im703desarucoast