Connect with:




Pemain badminton nombor satu Malaysia, Datuk Lee Chong Wei membuktikan keupayaannya walaupun sebelum ini tewas pada pusingan awal di dalam kejohanan, apabila berjaya mara ke peringkat suku akhir dalam Kejohanan Badminton Terbuka China di Fuzhou.

 

Bukan itu sahaja, Chong Wei berjaya untuk membalas dendam atas kekalahannya dalam Kejohanan Dunia di Glasgow tempoh hari selepas menjinakkan pemaian dari Perancis, Brice Leverdez 21-6, 21-9 dalam tempoh 30 minit.

Jenama Badminton Lee Chong wei

Yonex adalah jenama yang tidak asing lagi bagi penggemar badminton, syarikat ini juga menggunakan pemain terkemuka untuk dijadikan duta untuk jenama mereka.  Seperti Lee Chong Wei, Yonex telah mengeluarkan raket khas untuk beliau.

Berikut adalah raket yang dibuat khas oleh Yonex untuk Lee Chong Wei;

  1. Yonex Armotec 900P.

  • Untuk model ini, dicipta khas untuk Chong Wei dengan ciri bahagian kepalaraket yang berat.
  • Untuk edisi Chong Wei adalah berwarna kuning yang menjadi warna kegemaran LCW.

2. Yonex Voltrix Z-force 2.

  • Edisi bagi LCW adala berwarna Ungu/hitam.
  • Raket ini juga salah satu ciptaan Yonex yang paling kuat. Kerana bingkai yang agak kecil berbanding raket lain.
  • Raket ini juga dicipta untuk memudahkan pemain (LCW) untuk memukul bulu tangkis ke bahagian belakang gelanggang badminton.

3. Yonex Duora 10.

  • Kali pertama LCW menggunakan raket ini pada 2015 di Kejohanan Dunia Jakarta, Indonesia.
  • Banyak kemenangan yang LCW kecapi dengan menggunakan raket ini.
  • Raket ini juga dicipta dalam dua warna. Edisi pertama, hijau/oren manakala yang terbaru berwarna biru/merah.