Harimau Malaya kini berdepan beberapa tindakan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) atas beberapa kesalahan yang dilakukan pada perlawanan lepas.

Pengendali Harimau Malaya, Nelo Vingada didenda sebanyak AS$5,000 (RM21,152) atas tindakannya yang mengkritik keputusan pengadil.

Perbuatannya itu dilakukan pada sidang media selepas kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Hong Kong di Stadium Hang Jebat pada 5 Oktober lalu.

Turut didenda, Kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim terpaksa membayar sebanyak AS$1,000 (RM4,230) atas sebab terjahannya ke atas pemain lawan pada perlawanan timbal balik berdepan Hong Kong pada 10 Oktober lalu.

Safiq Rahim juga digantung satu perlawanan iaitu ketika menentang Korea Utara 10 November dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019.

Sementara itu, di atas sebab penyokong skuad negara yang biadap telah menyebabkan FAM didenda sebanyak AS$30,000 (RM127,000) oleh AFC.

Hal ini disebabkan, sekumpulan penyokong telah melanggar Artikel 58.1 (Diskriminasi), dibaca dengan Artikel 65.1 (Tingkah Laku Penonton).

Foto Kredit: Asiana.my