Pemain sayap Perancis, Ousmane Dembele berjaya meledakkan gol kemenangan dalam perlawanan persahabatan menentang England di Paris dengan mata 3-2 .

Usaha Kylian Mbappe tidak dipersiakan oleh Dembele apabila memastikan kemenangan pada minit ke 12 sebelum tamat permainan.

Harry Kane selaku ketua pasukan England meletakkan pasukannya di barisan hadapan apabila berjaya menerima hantaran kemas dari Ryan Bertrand sebelum meledakkan gol penyamaan di dalam kotak penalti.

Pasukan England mendapat sepakan penalti selepas Dele Alli dikasari oleh Varane yang menyebabkan beliau dilayangkan kad merah.

Skuad Perancis berjaya mendahalui England dengan dua gol dari Samuel Umtiti dan Djibril Sidibe selepas gol penyamaan dari Kane.

Kane kini mengumpul 11 gol dalam lima penampilannya terakhirnya bersama England dan kelab.