Penyerang sensasi Liga Perdana 2017, Guilherme De Paula mahu terus menabur bakti bersama Kuala Lumpur untuk musim hadapan apabila menandatangani kontrak lanjutan untuk Skuad ‘The City Boys’ itu minggu ini.

 

Penjaring terbanyak liga itu mahu menghabiskan karier beliau sebagai pemain bolasepak di Malaysia memandangkan beliau sudah selesa dan dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan liga tempatan.

‘’Saya sudah dapat menyesuaikan diri dengan permainan di sini jika mahu dibandingkan tahun pertama saya berada disini. Jadi ia tidak menjadi masalah buat saya mahu menghabiskan karier disini.” ujar pemain yang baru menjulang trofi 100PLUS Liga Perdana semalam.

 

Beliau yang menjaringkan 30 gol sebelum ini dalam kesemua saingan liga dan piala tempatan untuk Kuala Lumpur FA turut menyatakan keinginan untuk berbakti buat pasukan kebangsaan Malaysia.

 

“Jikalau diberi peluang, kenapa tidak? Saya sedia memberi komitmen untuk pasukan jika khidmat saya diperlukan.” tambah penyerang dari Brazil ketika ditemuramah wartawan Dunia Sukan.

 

 

Untuk rekod, tahun 2017 merupakan tahun ke-3 buat De Paula beraksi di liga Malaysia setelah beraksi bersama Selangor dan PDRM masing-masing pada tahun 2015 dan 2016. Beliau juga merupakan penjaring terbanyak untuk Piala Malaysia ketika mewakili PDRM dengan 7 gol.

 

Foto kredit: Mohd Hisyam Salleh & Nik Ahmad Fahmi