Connect with:




Penjaga gol Manchester United, David De Gea nampaknya akan terus kekal bersama kelabnya untuk jangka masa panjang setelah beliau bersetuju untuk menandatangani kontrak baharu selama 5 tahun.

Pihak pengurusan Man United telah menawarkan kontrak lumayan kepadap pemain kelahiran Sepanyol ini iaitu £350,000 seminggu dan beliau menjadi antara pemain yang menerima bayaran gaji tertinggi.

De Gea kini yang berusia 27 tahun menjadi buruan beberapa kelab ternama termasuklah Real Madrid yang sudah lama inginkan penjaga gol utama sepanyol ini. Jika dilihat dengan prestasi semasa bersama kelab dan bayaran yang diterima, ia sangat berbaloi kerana De Gea sering kali menjadi nadi utama kemenangan Man United dalam beberapa musim lepas.

Foto Kredit : premier league official

 

Sepanjang bersama Man United setakat ini, beliau berjaya telah memenangi EPL, FA Cup, EFL Cup, Piala Community dan UEFA . De gea juga kini sedang mendahului penjaga gol lain dalam saingan EPL untuk merebut sarung tangan emas iaitu penjaga gol yang paling banyak berjaya mencatat kemenangan bersih tanpa bolos.

Foto Kredit : Manchester United