Connect with:




1 gol dari Manchester United pada hujung babak pertama menerusi Marcus Rashford sudah cukup untuk menyekat Tottenham Hotspur dari meraih tiga mata penuh dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung semalam.

Peningkatan postif dipamerkan Ole Gunnar Solskjaer selepas anak buahnya melakar kemenangan kelima berturut-turut selepas mengambil alih tugas sebagai pengurus pasukan United daripada Jose Mourinho.

Dalam pada itu, Solskjaer menegaskan pujian harus diberikan kepada penjaga gol terbaik dunia, David De Gea yang beraksi cemerlang mempertahankan kubu gawang daripada diceroboh pasukan lawan.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Wembley itu menyaksikan De Gea pantas menyelamatkan 11 percubaan skuad tuan rumah sekaligus membuatkan anak buah Mauricio Pochettino dilihat buntu untuk menembusi gol lawan.

“Kami memiliki penjaga gol yang di kelab dan saya berpendapat, dia layak mencabar status Edwin (van der Sar) dan Peter (Schmeichel) sebagai penjaga gol nombor satu dalam sejarah,”

“Kemenangan ini cukup manis, semangat berpasukan memang hebat, keyakinan dan aura di bilik persalinan memang menakjubkan,” kata pengendali dari Norway ini.

United  kini berada di tangga keenam dengan jumlah 41 mata sama dengan Arsenal di kedudukan kelima yang dipisahkan menerusi perbezaan jaringan.

Secara keseluruhannya, skuad the Red Devils mencatat kemenangan dalam semua enam perlawanan yang dikendalikannya.

Foto: David De Gea