Juara skuasy wanita dunia 6 kali, Datuk Nicol Ann David telah dilantik sebagai Ikon Skuasy Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dilantik sebagai Pusat Sukan Tumpuan (PST) bagi sukan skuasy oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu memanfaatkan sepenuhnya pengalaman dan nasihat daripada Nicol David yang mempunyai pencapaian seimbang dalam akademi dan sukan.

Nicol David melahirkan rasa teruja di atas perlantikan dan berharap langkah Kementerian ini menjadi titik permulaan kepada perkembangan sukan skuasy di universiti seterusnya ke peringkat kebangsaan.

Sementara itu Naib Canselor UMT,  Datuk Aziz Deraman berkata, pemilihan Nicol David sebagai ikon universiti itu bertujuan menarik minat lebih ramai pelajar untuk menyertai sukan itu.