Rentak perlahan pasukan bintang, Johor Darul Takzim FC terus berterusan selepas sekadar seri 2-2 dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Larkin, Johor.

Permainan yang terhibur walaubagaimanapun berjaya ditunjukkan kedua-dua pasukan selepas Johor dan ATM saling berbalas asakan dari awal hingga penghujung perlawanan.

ATM terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Amiridzwan Taj pada minit kelima sebelum disamakan penyerang sensasi, Dany Guiza pada minit ke-16. Irwan Fadzli kemudiannya membawa ATM 2-1 didepan pada minit ke-38 namun Darul Takzim sekali lagi menyamakan kedudukan selang seminit kemudian.

10 minit sebelum tamat perlawanan, ATM terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Fitri Omar dibuang padang namun Darul Takzim gagal mengambil kesempatan untuk keputusan 2-2 ini kekal sehingga tiupan wisel penamat.

2 lagi perlawanan Liga Super juga berlangsung iaitu pertemuan Felda-Kelantan dan TTeam – PKNS FC. Kedua-dua perlawanan dilangsungkan pada waktu petang.

Ghaddar gagal membantu Felda untuk membenam bekas pasukannya, Kelantan.

Ghaddar gagal membantu Felda untuk membenam bekas pasukannya, Kelantan.

 

Felda dan Kelantan gagal mencetak gol untuk membawa keputusan berkahir 0-0 sementara PKNS FC berjaya mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan T-Team 3-0. Gol PKNS FC dijaringkan Fakhrul Aiman, Patrick Ronaldinho dan Zamri Morshidi.

Sementara itu, 6 perlawanan Liga Premier turut berlangsung. Sarawak berjaya menewaskan  POS Malaysia 2-0, Kedah menang 2-1 keatas Johor, Kuala Lumpur mencatatkan kemenangan pertama liga menerusi keputusan 3-2 keatas Sabah manakala NS Betaria dan Perlis berkongsi keputusan 1-1.

kedah

Sime Darby turut mencatatkan kemenangan 2-1 keatas KL SPA sementara PDRM mengukuhkan cengkaman liga dengan menumpaskan UITM 2-0 di tempat lawan.