Connect with:




 

Pemain bukan pilihan, Danielle Rose Collins mengejutkan Venus William di peringkat suku akhir Kejohanan Terbuka Miami sebentar tadi.

Sebelum perlawanan, V. William di ramal tidak akan menghadapi masalah besar untuk ke separuh akhir namun ternyata ia meleset sama sekali apabila Collins mencatat kemenangan mudah ke atas William 6-2, 6-3.

Kemenangan ini membolehkan Collins melangkah ke separuh akhir dan akan bertemu dengan pilihan keenam kejohanan, Jeļena Ostapenko. Satu lagi separuh akhir menemukan Victoria Azarenka akan menentang pilihan ke-13 kejohanan, Sloane Stephens.

Sementara itu, dalam perseorangan lelaki pula, pemain pilihan kelima kejohanan, Juan Martín del Potro meneruskan rentak kemenangan ke separuh akhir dan akan bertemu dengan wakil United States, John Isner.

Foto Kredit : wtatennis(dot)com