Sebelum anda memulakan larian, pastikan anda mendapat nutrisi yang cukup untuk anda kekal bertenaga sewaktu larian. Ikutilah amalan-amalan di bawah ini:

1. Pemakanan beberapa minggu sebelum

Sebelum berlari anda dinasihatkan supaya perut anda sentiasa dalam keadaan yang selesa dan sihat. Jika tidak perut anda akan mengalami sakit perut ketika berlari. Pada peringkat ini, anda seharusnya mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat yang rendah seperti bijiran penuh, bubur dan pasta. Seeloknya elakkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang mengeluarkan gas seperti brokoli, kubis, kacang atau buah-buahan.

2. Pemakanan beberapa jam sebelum bermula

Harus diingatkaan bahawa sebelum memulakan larian yang panjang, anda disarankan makan makanan yang tinggi karbohidrat yang tinggi, sederhana protein dan juga rendah lemak supaya badan anda mendapat nutrient yang diperlukan. Ambillah makanan seperti bubur dengan campuran buah, sandwich ayam dan buah-buahan atau donut dan mentega kacang. Jangan makan makanan yang berat seperti nasi dan pasta boleh menyebabkan perut anda berkeroncong dan mengganggu proses pencernaan anda.

3. Pemakanan Semasa Membuat Larian Panjang

Penyimpanan tenaga yang cukup amat diperlukan kerana badan kita hanya mampu menyimpan kira-kira 2,000 Kcals glikogen sahaja. Anda perlulah makan makanan yang berkarbohidrat tinggi bagi mengekalkan jangka masa larian anda. Contohnya pisang, roti putih, madu dan juga coklat. Paling penting terus konsisten meminum air dengan jumlah yang banyak.

4. Pemakanan selepas membuat larian

Selepas berlari kebiasaannya otot-otot akan berasa sakit selepas bekerja keras semasa larian dalam tempoh masa yang lama. Untuk memulihkan semula otot-otot yang sakit makanlah makanan yang mengandungi protein dan karbohidrat seperti coklat, susu dan juga buah-buahan.

Minumlah air masak yang banyak bagi mengelakkan anda pengsan atau terhidrasi kerana kekurangan air dalam badan. Sentiasa disiplinkan diri anda dengan mengambil makanan yang betul supaya tubuh badan anda mendapat nutrisi yang lengkap dan sentiasa bersedia untuk melakukan larian. Bekalkan diri anda dengan tenaga yang mencukupi dan selamat beramal.