Connect with:




Menggabungkan keseronokan, persahabatan, keluarga dan gaya hidup sihat, Setia Haruman telah menganjurkan “Cyberjaya Kre8tif! Costume Fun Run 2018”. Larian ini merupakan tahun kedua ianya dijalankan selepas Mei 2017 yang sebelum ini dianjurkan oleh MDEC. Dengan kerjasama sebahagian besar watak-watak animasi tempatan yang berjaya menonjolkan potensi dalam mengembangkan dan menyampaikan teknologi dalam animasi, terdapat pelbagai animasi tempatan yang popular hadir seperti ‘Boboiboy’, ‘EjenAli’, Didi & Friends, Omar & Hana, Cici Chacha, Chuck Chicken, Hogie The Globhopper, serta Cam & Leon. Acara ini juga dijalankan untuk mewujudkan kesedaran mengenai kesihatan dan kecergasan selain untuk menarik minat komuniti untuk mengetahui lebih lanjut tentang IP tempatan dan kisah kejayaan animasi ini serta permulaan bagi bulan Kre8tif!

Selain daripada“Cyberjaya Kre8tif! Costume Fun Run 2018”, jenama Kre8tif! di bawah MDEC adalah payung untuk meraikan kreativiti dalam semua aspek dari pelbagai industri di Cyberjaya seperti animasi, filem, muzik, kesusasteraan, seni, teknologi dan fesyen. Inisiatif dari Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ini juga bertujuan untuk mencetuskan trend utama bagi  sektor kreatif.

Setia Haruman sebagai pemaju induk bandar Cyberjaya amat komited dalam melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat di Cyberjaya dan dengan sokongan dari MDEC , bandar ini akan menjadi lebih meriah. “Cyberjaya Kre8tif! Costume Fun Run 2018”, dengan hashtag tahun ini # CyberjayaKre8tifCostumeFunRun2018 terbuka kepada semua lapisan umur termasuk kanak-kanak berumur 6 tahun yang dapat menyertai aktiviti bersama watak-watak animasi tempatan kegemaran mereka.

Setia Haruman telah menjalinkan kerjasama dengan MDEC untuk meningkatkan kedudukan Cyberjaya sebagai hub Animasi Malaysia dan menjadikan Cyberjaya bandar terbaik untuk berkerja, bermastautin, belajar dan beriadah. “ kata Ahmad Soalahuddin, Ketua Pembangunan Perniagaan Dan komunikasi

Apa yang membuatkan larian ini unik dari yang lain adalah semua maskot dapat berlari bersama-sama dengan peserta, menjadikan acara ini lebih menarik. Para peserta juga bebas untuk berpakaian mengikut watak animasi yang mereka minati.

Selain itu syarikat animasi seperti Animonsta, Digital Durian, Giggle Garage, Chichi Chacha, Animasia  menyediakan aktiviti-aktiviti  yang menarik dan tidak melupakan banyak hadiah yang menarik .  Tidak dilupakan juga, penghargaan besar kepada semua penaja untuk acara ini seperti Nivea, Safi, Gardenia, Prima Properties, Cyberview Sdn Bhd dan Mamee

Selain membantu meningkatkan agenda animasi tempatan, “Cyberjaya Kre8tif! Costume Fun Run 2018” juga telah diadakan pada Hari Bebas Kereta yang merupakan salah satu inisiatif oleh Majlis Perbandaran Sepang di Cyberjaya. Selaras usaha Setia Haruman untuk menyumbang kepada aktiviti mesra alam, dengan menjalankan acara ini pada “Hari Bebas Kereta”, ianya bukan sahaja membantu untuk memastikan keselamatan para pelari, tetapi juga membantu dalam mengurangkan karbon di udara.

Cyberjaya juga adalah bandar berteknologi tinggi yang sesuai untuk didiami kerana mempunyai banyak aktiviti untuk dilakukan. Dengan ini, Cyberjaya menjadi bandar terbaik untuk bekerja, bermaustatin, belajar dan beriadah.