Connect with:




Sekumpulan pelari yang berpengalaman dikenali sebagai Bolt bakal menganjurkan acara larian Cameron Ultra Trail (CULTRA) 2018 pada 28-29 Julai ini.

Acara yang berlangsung di Cameron Highlands dimana ia merupakan salah satu destinasi tanah tinggi yang menarik di Malaysia menyaksikan seramai 2000 peserta dari 23 buah negara bakal beradu tenaga berlari secara kumpulan melalui laluan yang mencabar dalam cuaca yang sejuk.

Menurut pengarah program, Hazemi Hamidi memberitahu acara yang berbentuk sukan rentas denai ini semakin  mendapat tempat di Malaysia dan telah menerima respon positif dari peserta dalam dan luar negara.

“Dalam masa 15 minit, penyertaan dalam semua kategori yang ditawarkan sudah habis dijual. Ini membuktikan acara lasak rentas denai kini sememangnya mendapat tempat dalam kalangan peserta tempatan,”katanya pada sidang media yang berlangsung semalam.

Empat kategori yang akan dipertandingkan pada edisi ke-3 ini adalah 100km, 55km, 30km dan 15km.

Sementara itu, terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti Pasar Tempatan CULTRA, Jamuan Teh Cultra dan persembahan tempatan.