Walaupun cuaca hujan, itu tidak mematahkan semangat bagi 700 orang penggemar sukan lasak dengan merentasi 10 halangan yang mencabar sejauh 7.5 KM dalam BDB Triple Challenge yang diadakan di Tasik Darul Aman Jitra, Kedah.  

Pengarah Urusan Bina Darulaman Bhd (BDB), Datuk Izham Yusoff menyatakan bahawa cabaran pada kali ini lebih mencabar ekoran daripada hujan yang turun membasahi bumi Kedah.  

Antara halangan yang harus ditempuhi buat para peserta seperti mengangkat tayar, mendaki bukit dengan 9 liter air, memanjat dinding, halangan bertali, lompat api, dan memanjat papan setinggi 10 meter.  

Disamping itu, para peserta juga di kehendaki untuk menyelesaikan aktiviti ‘Jungle Trekking’ sejauh 3 KM yang juga salah satu cabaran yang sukar dalam acara ini.  

“Respon yang diterima pada hari ini juga adalah baik, selain peserta dari Kedah, peserta dari negeri luar juga menglibatkan diri dalam acara ini.

“Acara seperti ini juga telah banyak dilakukan di Kuala Lumpur dan sekitar lembah Klang.  Jadi kami inginkan kelainan di mana acara sukan lasak seperti ini dianjurkan disini (Kedah) sekali gus dapat mempromosikan sukan lasak ini buat rakyat negeri Kedah dalam masa yang sama.” Ujarnya selepas acara penyampaian hadiah.

“Biarpun banjir yang terdapat di ‘checkpoint’ ketujuh, kami tetap meneruskan perjuangan untuk sampai ke garisan penamat.

“Saya juga berharap BDB akan menganjurkan lebih banyak sukan seperti ini untuk merapatkan lagi hubungan dalam manusia.” Ujar Muhammad Azim, 19 dan Amirul Fariszudin, 16 antara peserta muda yang menyertai sukan lasak ini.  

BDB Triple Challenge juga mempunyai tiga kategori yang berlainan lokasi, seperti BDB Climb & Run yang dianjurkan di Langkawi April lalu, BDB Extreme Jitra dan lokasi terakhir di Sungai Sedim, Kulim dalam acara BDB Water Rafting yang dijangka akan dianjurkan pada bulan November tahun ini.