Connect with:




Christiano Ronaldo terus menunjukkan aksi terbaik dengan menghadiahkan empat gol dalam kemenangan Real Madrid 6-3 di La Liga ke atas Girona, semalam.

Babak pertama, Ronaldo membuka jaringan seawal minit ke-11 namun, bekas pemain utama Middlebrough, Cristian Stuani terus menjaringkan gol dari sudut untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-29.

Kegembiraan Girona kembali diragut selepas pemain Portugis itu kembali memimpin pasukannya pada awal babak kedua dengan menggasak bola melalui Karim Benzema dan membuat rembatan kencang di luar palang. Kemudian, dia terus menghantar bola ke Lucas Vazquez untuk menjaringkan gol ketiga Real.

Hatrik padu dilengkapkan Ronaldo pada minit ke-64 untuk mengubah kedudukan 4-1, sementara pemain gantian, Gareth Bale menyumbat lagi satu gol pada minit ke-86 selepas Stuanni menjaringkan gol peribadi keduanya pada minit ke-67.

Juanpe kemudiannya menjaringkan gol untuk pasukannya itu sekaligus menjadikan kedudukan 5-3 sebelum Ronaldo mengambil peluang dalam masa kecederaan menyumbang gol keempat dalam perlawanan tersebut.

Dalam pada itu, Ronaldo kini telah menjaringkan sebanyak 22 gol dalam liga musim ini, hanya perbezaan tiga gol dibelakang Lionel Messi.

“Cristiano sangat penting bagi kami, dia memberikan tenaga yang luar biasa untuk pasukan,” kata jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane kepada wartawan.

“Saya berharap dia boleh menjadi penjaring terbanyak kerana ia sangat penting baginya dan perbezaan dengan Messi hanya tiga gol.

“Cita-cita Cristiano sangat luar biasa, tetapi saya juga ingin menyerlahkan kerja rakan sepasukannya, yang banyak membantu dia, rakan sepasukan menjaringkan beberapa gol hebat hari ini.”

Kemenangan gol Ronaldo membantunya meletakkan Luis Suarez ke tempat kedua dalam senarai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara, dengan Barca terus mara dengan jaringan 2-0 ke atas Athletic Bilbao pada hari Ahad.

Real berada di tangga ketiga dengan 60 mata, 15 mata di belakang pendahulu, Barcelona dan empat mata di belakang pasukan Atletico Madrid, yang tewas 2-1 di Villarreal pada hari Ahad.

Foto Kredit: Goal(com)