Connect with:




Bagi penyokong Real Madrid, usahlah berduka dengan pemergian bintang terkemuka bola sepak, Cristiano Ronaldo yang bakal berpindah ke Juventus tidak lama lagi.

Hal itu telah diumumkan sendiri oleh Real Madrid bahawa Ronaldo telah membawa kerjayanya yang terkenal di Santiago Bernabeau ke tahap lebih setelah bersetuju untuk menyertai Juventus.

Pemain antarabangsa Portugal itu sebelum ini, turut mendedahkan bahawa dia sedang ‘menilai beberapa peluang’ semasa kontroversi mengenai perpindahannya ke Turin sedang melanda.

Spekulasi semakin menjadi kenyataan apabila pengurus Juventus, Andrea Agnelli terbang ke Yunani semalam untuk bertemu Ronaldo, yang sedang bercuti di sana.

Los Blancos kemudian mengesahkan bahawa penjaring gol terbanyak mereka dengan 451 gol itu telah membuat permintaan untuk bertukar angin selepas Sembilan musim yang gemilang di ibu kota Sepanyol.

“Real Madrid telah berbincang tentang hal terrsebut dan menyatakan responnya terhadap pemintaan yang dinyatakan oleh Cristiano Ronaldo, dia telah bersetuju untuk berpindah ke Turin,” kata juara Eropah dalam satu kenyataan.

“Hari ini, Real Madrid ingin mengucapkan termia kasi kepada pemain yang telah terbukti memang teerbaik di dunia dan yang telah mencipta kejayaan cemenrlang dalam sejarah kelab kami dan bola sepak dunia.

“Sepanjang sembilan tahun ini, pelbagai trofi dan kejuaraan yang dicapai, Ronaldo telah menjadi contoh pemain yang berdedikasi, tanggungjawab serta peningkatan dalam persembahan.

“Dia turut menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah Real Madrid dengan 451 gol dalam 438 perlawanan. Secara inidividu, bersama kami, dia telah memenangi empat ‘Golden Ball’, dua anugerah Terbaik FIFA, dan tiga anugerah Kasut Emas serta banyak lagi.

“Bagi Reald Marid, Ronaldo akan selalu menjadi salah satu simbol kehandalan dan rujukan bagi generasi akan datang. Real Madrid akan sentiasa menjari rumah anda.”

Dalam satu kenyataan lain, penyerang berusia 33 tahun itu turut memberitahu, “ Selama saya berada di Real Madrid dan di Kota Madrid ini, ianya menjadi perkara paling bahagia dalam hidup saya.

“Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kelab yang besar ini. Ucapan terima kasih juga kepad mereka semua atas rasa cinta dan kasih sayang yang dicurahkan kepada saya.

“Bagaimanapun, saya percaya inilah masa yang tepat untuk membuka buku yang baru dalam hidup saya. Kerana itulah, saya telah meminta mereka untuk menerima permintaan saya. Saya memohon kepada semua orang terutamanya pengikut Real Madrid untuk memahami saya.

“Saya telah berfikir panjang dan saya tahu bahawa masanya telah tiba. Saya akan pergi tetapi dengan ‘baju’ ini, ‘perisai’ ini dan Santiago Bernabeau akan terus menjadi rumah saya dimana sahaja saya berada.

“Terima kasih kepada semua san sudah tentu seperti saya katakan pada kali pertama di stadium kami Sembilan tahun lalu, HALA MADRID!”

Foto Kredit: Variety