Connect with:




Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo telah menafikan satu tuduhan palsu berkaitan seorang wanita warga Amerika Syarikat yang diperkosa oleh pemain bola sepak Portugal itu pada 2009.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Ronaldo menegaskan bakal menyaman sebuah syarikat majalah, De Spiegel di Jerman yang mana pada awalnya melaporkan tuduhan palsu itu.

Majalah itu melaporkan bahawa Kathryn Mayorga telah mendakwa Ronaldo, 33, merogolnya di dalam bilik hotel bertempat di Las Vegas.

Mayorga, 34, dilaporkan telah memfailkan laporan polis Las Vegas sejurus selepas insiden yang dikatakan itu.

Pada tahun 2010, dia dimaklumkan telah mencapai kesepakatan di luar mahkamah dengan Ronaldo membabitkan bayaran $ 375,000 (£ 288,000)  dan bersetuju untuk tidak melaporkan tuduhan berkenaan.

Namun, peguam wanita itu mengatakan kesepakatan untuk tidak mendedahkan tuduhan tersebut tidak sah manakala peguam Ronaldo, Christian Schertz turut menjelaskan laporan polis yang dilakukan Mayorga juga tidak sah.

Sementara itu, Ronaldo memuat naik video di laman Instagramnnya dengan berkata: “Mereka mahu mempromosikan [diri mereka] dengan menggunakan nama saya.”

Foto Kredit: NDTV Sports