Connect with:




Bintang bolasepak dunia, Cristiano Ronaldo terkenal dengan satu gaya meraikan jaringannya.

Bintang Portugal itu akan berlari ke penjuru, melompat sebelum mendabik dada sambil disahut sorakan ‘siii’ oleh para penyokong di dalam stadium.

Dalam satu temubual Cristiano bersama soccerdotcom, beliau ditanyakan bagaimana datangnya gaya celebration tersebut.

“Sewaktu itu saya di Amerika Syarikat, menentang pasukan Chelsea. Saya menjaringkan gol dan secara semula jadi, saya meraikan gol dengan gaya tersebut.

“Sejak itu, saya meneruskannya kerana saya gembira melihat penyokong bersama-sama meraikan bersama saya. Mungkin ini satu cara untuk mereka mengingati saya”.

Dalam temubual tersebut, Cristiano turut ditanyakan jaringan peribadi pilihan, siapakah lagenda yang beliau ingin bermain bersama serta jika beliau bukan seorang pemain bolasepak, apakah profesion yang akan diceburi.

Anda boleh tonton temubual tersebut di laman instagram Soccerdotcom.