Connect with:




CRISTIANO RONALDO telah berkongsi kekayaan selepas perpindahannya ke Juventus dengan meninggalkan ‘tip’ sebanyak £ 17,850 (RM 95ribu) untuk kakitangan hotel tempat dia bercuti dekat sebuah resort Yunani yang mewah.

Bintang Portugal yang berusia 33 tahun itu mengejutkan dunia apabila dia membuat keputusan untuk meninggalkan Real Madrid berpindah ke kelab Juventus dengan harga yang lumayan.

Bekas pemain Machester United itu juga bakal menerima £500,000 seminggu hasil perpindahan beliau ke Turin yang bernilai £99juta.

Dalam pada itu, dia meminta pihak pengurusan hotel untuk mengagihkan ‘tip’ tersebut secara sama rata kepada semua pekerja.

Dia akan memperoleh pendapatan sekitar £26 juta semusim setelah menerima kontrak selama empat tahun di Juventus.

Foto Kredit: IG Ronaldo