Connect with:




Covation Holdings Limited, merupakan pengeluar beberapa barangan beroda yang berjenama, telah membuat pengumuman untuk memperluaskan lagi
pasaran mereka sehingga ke rantau Asia Pasifik termasuk lah Malaysia melalui hub
pemasaran yang baharu di Hong Kong.

Produk syarikat yang akan dilancarkan dan
dipasarkan adalah basikal berjenama yang sesuai untuk rekreasi luar, seperti, Huffy,
Royce, Union, Niner, Batchm Buzz E-Bikes and Allite.

Pengarah Jualan dan Pemasaran, Jess Sit, akan mengetuai dalam pemasaran produk di rantau Asia Pasifik dengan fokus untuk memacu kesedaran bagi penjenamaan produk syarikat.

Kerjasama dengan pengedar berjenama dan peruncit juga akan diadakan untuk
membangunkan rangkaian pengedaran yang kuat dan berkesan. Syarikat mempunyai
kepakaran dalam pembuatan OEM dan Private Label akan meningkatkan lagi kedudukan dan keunikannya dalam pasaran.

“Saya amat teruja dengan peluang untuk memperkenalkan jenama dan keupayaan
pembuatan kami ke dalam pasaran strategik ini. Saya berharap dapat mewujudkan
hubungan jangka masa panjang yang baharu dengan pelaku pasaran utama di Hong Kong dan seterusnya ke seluruh rantau di Asia Pasifik” kata Jess Sit, Pengarah Jualan dan
Pemasaran.

“Perniagaan Asia Pasifik ini akan membangunkan lagi inovasi terkemuka
industri yang telah bertapak lebih dari 125 tahun”.

Mulai separuh tahun pertama, 2021, syarikat akan mula menghubungi pengedar berjenama dan peruncit yang berpotensi untuk dijadikan sebagai rakan perkongsian di seluruh rantau Asia Pasifik.

Operator di Malaysia yang ingin melibatkan diri dalam perniagaan bersama Covation boleh menghubungi pasukan kami di Malaysia untuk perhubungan lanjut.

“Hong Kong adalah pasaran berbasikal yang sedang berkembang dan merupakan lokasi
yang ideal untuk memperluaskan dan memantapkan lagi jenama kami secara global,” kata Claude Jordan, CEO.

“Aktiviti berbasikal di seluruh dunia telah mencatatkan peningkatan sepanjang tahun lalu, dan kami juga komited untuk membina pengalaman yang hebat bagi rakan niaga dan juga pengguna produk kami dalam pasaran Hong Kong dan Asia.