Pengurus Chelsea, Antonio Conte telah menandatangi kontrak baharu selama dua tahun untuk kekal membimbing juara kelab liga perdana Inggeris musim lepas.

Ini sekali gus menepis spekulasi yang mengatakan bahawa beliau akan meninggalkan Stamford Bridge.

Pengarah kelab, Marina Granovskaia berkata lanjutan kontrak berkenaan adalah ganjaran terhadap kebangkitan Chelsea di bawah kendalian pengurus kelahiran Itali itu.

“Ini membuktikan kepercayaan kami terhadap Conte setelah dia meletakkan keputusan yang cemerlang di peringkat liga.

“Selain itu, Conte juga telah kembali membawa the blues kembali menyertai saingan liga Juara-Juara,” ujarnya.

Conte kini telah pun memperkuatkan pasukannya menjelang saingan liga dengan membawa masuk Antonio Rudiger dan Tiemoue Bakayoko.