Pengurus Chelsea, Antonio Conte mendedahkan bahawa dia sangat merindui tanah airnya dan akan kembali ke Liga Itali pada masa hadapan.

Bekas kapten Juventus itu telah menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam musim pertamanya bersama The Blues.

“Saya amat merindui Itali dan saya akan kembali tidak lama lagi,“ kata Conte kepada radio Itali.

Mengambil alih di Stamford Bridge menandakan tugas pertamanya di luar Itali, setelah sebelumnya mengurus Arezzo, Bari, Atalanta, Siena, Juventus dan pasukan kebangsaan Itali.

“Selepas saya mempunyai pengalaman yang cukup, saya akan pulang ke kampung halaman saya. Saya tidak tahu bila tapi itu adalah sasaran saya, “ujarnya.

Foto Kredit: Antonio Conte Official Website