The Blues akan menghantar barisan muda menentang Nottingham Forest pada aksi pusingan ketiga Piala Liga, awal pagi esok.

 

Jurulatih Itali, Antonio Conte mendedahkan bahawa bintang muda Chelsea, Ethan Ampadu akan membuat bangku simpanan menentang Nottingham Forest, disertai oleh Charly Musonda and Kenedy.

 

Pemain berusia 17 tahun itu menyertai Chelsea dari Exeter City pada musim panas yang lalu.

 

Ampadu menjadi pemain termuda dalam sejarah Exeter City, selepas membuat penampilan pertamanya pada usia 15 tahun.

 

“Ampadu adalah pemain muda tapi saya fikir dia mempunyai kualiti yang baik. Dia mempunyai prospek yang baik untuk menjadi pemain Chelsea. Dia kuat, mempunyai teknik dan personaliti yang baik,” kata bekas kapten Juventus itu.

 

Minggu ini, Ampadu sedang berlatih dengan skuad senior setelah mendapat panggilan antarabangsa pertamanya bersama Wales, September lalu.

 

Foto kredit: Alchetron