‘Comeback is real’ gambaran mudah buat Crystal Palace apabila berjaya bangkit diminit akhir 90 minit selepas menumpaskan Watford 2-1 sekali gus berjaya keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL).

 

Ditinggalkan seawal minit ketiga perlawanan menerusi jaringan Daryl Janmaat tidak mematahkan semangat anak buah Roy Hodgson untuk bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-89 menerusi Bakary Sako.

 

Wilfried Zaha berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Watford selepas melakukan gelecekan yang cantik kemudian disudahkan dengan tenang oleh James McArthur.

 

Palace kini merekodkan perlawanan tanpa tewas dalam enam aksi terakhir liga bagi melonjak ke tangga 17 dengan 14 mata. – Reuters