Bulan April penuh dengan elemen kejutan demi kejutan dalam bola sepak sama ada dalam saingan liga mahupun peringkat Eropah. Kali ini penulis akan mengimbas kembali antara pasukan yang berjaya melakukan ‘Comeback’. Orang kata ‘Comeback is real’, betul ke?

AS ROMA VS BARCELONA

Foto Kredit : theindependent(dot)co(dot)uk

Pertemuan kedua-dua pasukan di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) pasti tidak dapat dilupakan terutama bagi peminat AS Roma. Kalah dalam perlawanan pertama 1-4 kepada Barcelona namun mereka membukti bahawa bola sepak penuh dengan keajaibpan.

Tidak sapa menyangka apatah lagi memilih mereka untuk layak ke pusingan seterusnya namun mereka membuktikan dengan kebangkitan luar biasa dengan kemenangan 3-0 sekali gus mengikat agregat 4-4 sekali gus layak ke separuh akhir apabila menang dengan kelebihan gol tempat lawan.

Man City VS Man United

Foto Kredit : timelives(dot)co(dot)za

Mendahului 2-0 pada separuh masa pertama ternyata ia belum cukup untuk membantu Man City menang dalam pertemuan ‘Manchester Derby’ apabila Man United bangkit dengan tiga jaringan pantas sekali gus menangguh sektika hasrat mereka untuk berpesta meraih meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad

SALZBURG VS LAZIO

Foto Kredit : gettyimage(dot)com

Perjalanan Salzburg dalam saingan Liga Eropah begitu menarik apabila menyingkirkan beberapa pasukan ternama seperti Borussia Dortmund dan Lazio. Mereka mempamerkan kebangkitan di suku akhir apabila menang 4-1 ke atas Lazio dan layak ke separuh akhir dengan agregat 6-5.

Hajat untuk meneruskan kejutan tidak kesampaian apabila tewas kepada Marseille 1-2 namun pencapaian mereka sampai ke separuh akhir merupakan satu sejarah baru untuk kelab mereka.

KUALA LUMPUR VS SELANGOR

Foto Kredit : Kuala Lumpur Hawks

Kalah 3-0 kepada Selangor dalam perlawanan pertama suku akhir Piala FA tidak ramai berharap bahawa Kuala Lumpur mampu bangkit apatah lagi prestasi mereka yang tidak begitu konsisten dalam saingan liga.

Jangkaan bahawa Selangor akan dapat laluan mudah dalam perlawanan kedua ternyata ia meleset sama sekali lagi apabila Kuala Lumpur membukti bahawa dalam bola sepak sentiasa ada elemen kejutan dan Kuala Lumpur berjaya menang 3-0 ke atas Selangor dan menyamakan agregat 3-3.

Kuala Lumpur hampir-hampir mengejutkan The Red Giant namun nasib lebih memihak kepada Selangor apabila mereka menang dalam penentuan sepakan penalti dan melangkah ke separuh akhir.