Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen meledak hatrik untuk memastikan kemenangan milik Denmark dalam saingan playoff awal pagi tadi sekali gus layak ke Piala Dunia Rusia 2018.
Selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Copenhagen minggu lalu, Irelang memperoleh jaringan awal pada minit keenam selapas Shane Duffy menyempurnakan tandukan untuk memastikan Ireland di depan, namun Denmark berjaya melakar ‘comeback’ dengan membenam Ireland 5-1

 

 

Berikut adalah lima rekod Denmark di Piala Dunia.

 

  1. Piala Dunia pertama mereka adalah pada tahun 1986 di mana Mexico menjadi tuan rumah, mereka menang ketika menentang Scotland 1-0.

 

  1. Dalam kejohanan yang sama juga iaitu Piala Dunia 1986, mereka memperolehi kemenangan yang besar ketika membenam Uruguay 6-1.

 

  1. Setiap kemenangan pasti ada kekalahan, mereka tumpas di tangan Sepanyol 1-6 dalam Piala Dunia 1986, dengan kekalahan itu juga adalah kekalahan yang terbesar pernah pasukan Denmark alami.

 

  1. Pada Piala Dunia 1998, mereka telah melakukan rekod paling manis buat skuad bolasepak Denmark di mana berjaya layak ke peringkat suku akhir.

 

 

  1. Bagi rekod paling buruk mereka ialah, pada Piala Dunia 2010 di mana mereka hanya mampu mengharungi kempen Piala Dunia dalam peringkat kumpulan sahaja apabila menunjukkan prestasi yang hambar dalam kejohanan ini.

 

Foto Kredit: The Independent