Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah mengarahkan kelab Jerman, FC Cologne untuk membayar pampasan kepada Arsenal 60,000 euro (RM295,470) atas kerosakan yang dilakukan oleh penyokong mereka semasa aksi Liga Europa di London, bulan lalu.

UEFA juga telah menjatuhkan larangan perjalanan satu perlawanan kepada penyokong kelab Bundesliga itu dan bakal digantung selama dua tahun sekiranya berlaku gangguan selanjutnya kepada Cologne.

 

KELAB BOLA SEPAK YANG PERNAH DIDENDA UEFA

Foto Kredit: footballtopic

JANUARI 2013 – Ajax didenda £8,500 untuk sepanduk penyokong.

Sebelum perlawanan Liga Juara-Juara menentang Manchester City, para penyokong kelab Amsterdam itu telah memberontak menentang kelab-kelab yang kaya atas perbelanjaan mereka dengan membuka sepanduk dengan gambar ‘syekh’ memegang sebilangan wang yang bertulis “Menentang Bola Sepak Moden”. UEFA menganggap tingkah laku itu provakatif dan tidak sesuai.

 

Foto Kredit: Alchetron

MAC 2012 – Arsenal didenda £33,000 selepas menghadapi pengadil.

Pengurus Gunners, Arsene Wenger telah digantung tiga perlawanan dan didenda £33,000 selepas didapati bersalah dan berkelakuan tidak wajar dengan pengadil perlawanan, Damir Skomina selepas pasukannya tersingkir oleh kelab Itali, AC Milan dalam aksi kejohanan Liga Juara-Juara.

 

Foto Kredit: Quora

JUN 2009 – Chelsea dikenakan denda £85,000 atas gagal mengawal pemain dan penyokong.

Selepas kesingkiran ‘kontrovesi’ The Blues di tangan Barcelona pada peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara, pemain Chelsea seperti Didider Drogba dan Michael Ballack berhadapan dengan pengadil Norway, Tom Ovrebo selepas dia kelihatan ‘sengaja’ tidak memberikan sepakan penalti kepada mereka meskipun terdapat beberapa rayuan. Para penyokong juga membaling peluru berpandu semasa perlawanan sedang berlangsung.

 

Foto Kredit: Tribuna