Nicol David

 

Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David mara ke separuh akhir kejohanan skuasy Cleveland  Classic apabila mengahkan rakan senegara Low Wee Wern pada Ahad.

Menurut laman web kejohanan www.squashsite.co.uk, Nicol, 29, menewaskan Wee Wern dalam straight set 12-10, 11-6 dan 11-9 di peringkat suku akhir di Cleveland Racquet Club, Ohio, Amerika Syarikat.

Wee Wern, pemain nombor dua negara, memasuki suku akhir selepas mengalahkan  Rachael Grinham dari Australia 11-4, 11-4 dan 11-6 pada Sabtu. Esok, Nicol akan bertemu pemain Ireland, Madeline Perry yang mengalahkan pilihan keempat kejohanan, Joelle King dari New Zealand 3-11, 11-7, 7-11, 11-3 dan 11-5.

Dalam satu lagi perlawanan suku akhir, pilihan ketiga Alison Waters dari England mengalahkan pemain Mesir, Nour El Sherbini 11-9, 11-2 dan 11-7.

Alison seterusnya akan menentang pemain nombor dua dunia dari Mesir,  Raneem El Weleily yang melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan pemain Hong Kong, Annie Au 11 -3, 11-6 dan 12-10.
— BERNAMA