Connect with:




Buat kali pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL), pihak penganjur menyediakan dua set piala dan pingat musim ini. Satu piala dan set pingat akan diletakkan di Stadium Amex, Brighton dan satu lagi piala dan set pingat akan diletakkan di Stadium Anfield. Ada beberapa sebab mengapa dua set piala dan pingat EPL disediakan. Mari kita lihat sebab apa.

 

Persaingan sengit Manchester City dan Liverpool

Perbezaan satu mata antara penyandang juara, Manchester City dan Liverpool adalah satu faktor yang menyebabkan penganjur menyediakan dua set piala dan pingat. Persaingan sengit di penghujung liga membuatkan penganjur bertindak untuk melakukan satu persiapan yang rapi dan tidak mahu mengambil risiko kepada mana-mana pasukan.

Anak buah Pep Guardiola bakal menentang Brighton di Stadium Amex untuk perlawanan terakhir sementara Liverpool akan berdepan Wolves di Anfield pada 12 Mei ini.

 

Mengelakkan sebarang kemungkinan

Manchester City kini di puncak liga dengan 95 mata dan Liverpool di tempat kedua dengan 94 mata. Sebarang kemungkinan boleh berlaku dan pihak penganjur tidak mahu mengambil risiko untuk menentukan piala perlu diletakkan di Stadium Amex atau Anfield.

Jika Manchester City menang perlawanan terakhir, mereka akan menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris untuk dua musim berturut-turut. Dan jika Liverpool menang perlawanan terakhir dan mengharapkan City seri ataupun tewas, kejuaraan akan berpihak kepada mereka. Itu adalah satu kemungkinan yang menyebabkan penganjur menyediakan dua set piala dan pingat.

 

Faktor jarak antara Stadium Amex dan Anfield

Salah satu lagi faktor yang menyebabkan pihak penganjur terpaksa menyediakan du set piala dan pingat adalah faktor jarak dari Stadium Amex, Brighton dengan Stadium Anfield di Liverpool. Jarak antara Stadium Amex dan Anfield hampir 270 batu.

Pada mulanya, pihak penganjur mahu menggunakan helikopter untuk membawa piala jika berlaku keputusan yang tidak dijangka, namun mereka menolak cadangan itu walaupun pernah menggunakan cara itu semasa kemenangan dramatik Manchester City pada musim 2011/12 melalui perbezaan jaringan.

Cara menggunakan helikopter itu dapat digunakan semasa musim itu kerana jarak Stadium Sunderland dan Manchester City tidak terlalu jauh.

Foto : EPL