Connect with:




Manchester City mempertahankan kejuaraan Piala Carabao selepas menewaskan Chelsea 4-3 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan.

Anak buah kendalian Pep Guardiola dilihat gagal menyempurnakan peluang yang ada untuk menghasilkan gol pada 90 minit masa sebenar perlawanan.

Chelsea yang sesekali membuat serangan balas juga hampir menemui jaringan namun penyudah yang tumpul menutup peluang mereka menghasilkan jaringan.

Dalam perlawanan itu juga, terdapat perselisihan faham antara jurulatih Chelsea, Maurizio Sarri dengan penjaga gawang, Kepa Arrizabalaga selepas pemain itu menolak untuk ditukarkan dengan penjaga gawang simpanan, Willy Caballero.

Kegagalan Jorginho dan David Luiz menyempurnakan sepakan penalti memberi ruang kepada Manchester City merangkul kejuaraan Piala Liga ketiga sepanjang empat musim ini.

FOTO : Manchester City