Connect with:




Memakai pakaian yang sesuai untuk kelihatan menarik dan menawan sebenarnya tidak mencukupi. Hakikatnya rambutlah yang mencipta personaliti dan membangkitkan watak seseorang.

Gaya rambut dapat menjadi daya penarik serta meningkatkan persona seseorang. Kemasan rambut yang bergaya memberikan keyakinan untuk lebih menyerlah.

Produk penggayaan rambut bagi lelaki adalah seperti alat solek bagi wanita. Ia merupakan cara untuk mengekspresikan personaliti serta mempamerkan diri mereka yang sebenar.

Di Malaysia, jenama NIVEA MEN terkenal sebagai #1 produk penjagaan deodoran lelaki, dan #2 dalam kategori penjagaan kulit wajah lelaki*.

Dengan kelahiran rangkaian baharu NIVEA MEN CRAFT STYLERS bakal menjadikan jenama ini sebuah jenama penjagaan diri pertama di Malaysia yang mempunyai penyelesaian lengkap buat kaum lelaki.

Nama CRAFT STYLERS diilhamkan oleh keinginan para jejaka untuk menggayakan rambut, dan mengubah penampilan bila-bila masa yang mereka inginkan, namun tetap menjanjikan bentuk yang kekal sepanjang hari.

NIVEA MEN CRAFT STYLERS melengkapkan rejim penjagaan dan perapian diri dengan produk penggayaan yang menawarkan versatiliti serta memberi peluang kepada si jejaka untuk mempamerkan kreativiti dalam bergaya.

CRAFT STYLERS merupakan rangkaian NIVEA MEN yang pertama dengan tekstur yang boleh digabungkan tanpa menjejaskan hasil. Kini para lelaki boleh menata gaya rambut ala messy matt hinggalah kepada efek rambut rapi dan bersinar. Penggayaan bukan sekadar menyisir rambut tetapi mencipta struktur, bentuk serta memberikan definisi pada stail dan kemasan.

Di majlis pelancaran, NIVEA MEN telah menunjukkan versatiliti produknya melalui persembahan demonstrasi secara langsung. Tiga model dengan gaya rambut berbeza dipadankan dengan tiga jenis tema – Stylish, Urban dan Active telah mendapat penggayaan rambut semula oleh pakar dandanan rambut, Lex dari OthrsBarbers.

Beliau dengan kreatifnya membentuk dan mendefinisikan semula rambut model di atas pentas bagi menunjukkan kegunaan dan bagaimana dengan mudahnya seseorang itu boleh menggayakan rambut mereka bila-bila masa.

Rangkaian NIVEA MEN CRAFT STYLERS hadir dengan 4 jenis produk yang mempunyai aroma maskulin yang menarik. Keempat-empat jenis produk ini diperkaya dengan Vitamin E semula jadi yang menguatkan rambut dan memberikan perlindungan sepanjang hari.