Connect with:




Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara rasminya diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 selepas melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Ketua Negara baharu di Istana Negara hari ini.

Selain disenangi rakyat kerana keramahannya, Ba-ginda juga turut dikenali sebagai seorang yang meminati pelbagai jenis sukan. Bercerita tentang minatnya yang menggunung terhadap aktiviti sukan, ia sebenarnya sudah diketahui rakyat jelata di Malaysia  khususnya di Pahang.

Cinta Ba-ginda terhadap sukan amat mendalam lebih-lebih lagi sukan bola sepak. Ba-ginda dulu sememangnya lincah beraksi sebagai pemain tengah dalam perlawanan bola sepak tatkala berkebolehan dalam pelbagai sukan lain seperti hoki, tenis, golf, berkuda, menyelam skuba, skuasy dan juga polo.

Disamping itu,  pegawai khas dan protokol Sultan Abdullah, Datuk Abd Rahman Endut, 65, yang masih setia berkhidmat di sisi Sultan Pahang keenam itu, sejak 1974 memberitahu Sultan Abdullah merupakan peminat kelab bola sepak ternama iaitu Arsenal.

Lebih menarik, Sultan Abdullah pernah menyaksikan perlawanan kelab kesayangannya secara langsung di stadium beberapa kali semasa melanjutkan pelajaran di London.

“…team (pasukan) ialah Arsenal dan kalau bercakap tentang pemain ialah penyerang Perancis Thierry Henry yang juga pernah bermain untuk Arsenal selain penjaga gol Pat Jennings kerana meminati corak permainan mereka.

“Tapi walaupun Arsenal itu warnanya merah, Sultan Abdullah sebenarnya peminat warna biru,” kongsinya ketika ditemui¬†Bernama di sini, baru-baru ini.

Jelasnya lagi, semangat kesukanan Sultan Abdullah terbukti sejak dahulu lagi. Masakan tidak, Yang di-Pertuan Agong itu berulang kali mengalami kecederaan kaki disebabkan sukan bola sepak sekitar 30 tahun dahulu.

“Ba-ginda kerap di ‘tackle’ pemain lawan dalam perlawanan (bola sepak).

“Semua orang panik ketika melihat baginda jatuh di padang, tapi ba-ginda sedikit pun tidak murka. Titah ba-ginda itu lumrah bersukan. Saya yang risau kerana tuanku dinasihatkan menerima rawatan di hospital, tapi baginda enggan berlama-lama di hospital kerana takut jemu,” katanya.

Tambahan pula, apabila gagal dalam acara yang disertai, Sultan Abdullah tidak akan murka dan gembira kerana perlawanan berkenaan dapat dijalankan secara adil dan tiada diskriminasi yang berlaku.

Ba-ginda tidak mahu mendapatkan kemenangan mudah sebaliknya suka mencabar diri ketika beraksi dalam padang. Lebih teruja, ketika di padang, Sultan Abdullah akan bermain seperti pemain yang lain dan menganggap dirinya ‘setaraf’ semasa berada di atas padang.

Sebagai rekod, Sultan Abdullah adalah bekas Naib Presiden AFC dan juga memegang beberapa jawatan dalam AFC termasuklah Pengerusi Jawatankuasa Pengajuran bagi Piala Asia AFC 2015 dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan AFC. Ba-ginda juga merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dari 2014 hinggalah 2017.

Seri Paduka juga mempunyai lesen untuk mengendalikan helikopter dan pesawat ringan.

Foto: Bernama