Demi membantu Malaysia layak ke Piala Thomas, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei memutuskan untuk tidak mengambil cuti panjang.

Dengan kehadiran pemain veteran itu, pasukan Malaysia akan mempunyai peluang lebih baik untuk bersaing di Kejohanan Badminton Asia di Alor Setar, Kedah, dari 6-11 Februari.

Kejohanan di Asia itu merupakan kelayakan untuk pusingan akhir Piala Thomas di Bangkok, Thailand, dari 20-27 Mei.

Hanya empat pasukan teratas di Asia akan mendapat kemasukan automatik ke Bangkok.

Lee Zii Jia, Iskandar Zulkarnain, Soong Joo Ven, Leong Jun Hao and Soo Teck Zii juga akan bersaing di kalangan mereka bagi untuk mendapatkan tempat dalam skuad Piala Thomas.

Chong Wei juga akan bersaing di Masters Malaysia, yang akan berlangsung di Axiata Arena di Bukit Jalil, dari 16-23 Januari.

Pada masa ini, Chong Wei sedang bersiap sedia dan berharap untuk melakukan yang terbaik di Siri Super Dunia Akhir di Dubai, pada 13 hingga 17 Disember.

Selepas raih kemenangan di Terbuka Hong Kong bulan lalu, Chong Wei telah mendaki tiga tangga untuk menjadi pemain No.2 dunia.

 

Foto Kredit: Asiana.my