Connect with:




Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dijangka kembali ke Malaysia pada Ahad ini, lapor media Taiwan.

Dalam pada itu, tanda tanya mengenai penyakit yang dihidapi Chong Wei terungkai apabila dia di sahkan menjalani rawatan perubatan kanser hidung peringkat awal di Taiwan.

Bekas juara dunia berusia 36 tahun dan pingat perak tiga kali peraih Olimpik dilaporkan telah menyelesaikan rawatan perubatannya di Taiwan.

Menurut China Daily, Chong Wei telah melakukan pemulihan sepenuhnya selepas dua bulan rawatan di sebuah hospital swasta di Taiwan.

Bukan itu sahaja, berita iberkenaan telah disiarkan oleh media di seluruh China, Hong Kong dan Taiwan.

Dalam laporan berita, Chong Wei sepatutnya kembali ke Malaysia pada akhir bulan lepas tetapi dia hanya akan kembali hari ini selepas nasihat doktor.

“Rawatan Chong Wei telah selesai, dan hasilnya telah baik tanpa ada tanda-tanda baki sel-sel kanser,” menurut China Daily.

“Setelah pulih sepenuhnya dan mendapat rehat yang cukup di Taiwan, dia telah dibenarkan pulang ke Malaysia pada 7 Oktober (Ahad) menerusi jet peribadi.”

Foto Kredit: nbcolympic