Connect with:




Datuk Lee Chong Wei akan bertemu dengan pemain yang menyingkirkannya di pusingan awal Kejohanan Badminton Dunia, Brice Leverdez di pusingan Siri Super Premier Terbuka China, esok.

 

Chong Wei dilihat sedang giat dalam misi mencari kemenangan selepas lapan bulan bermula dengan baik apabila berjaya menundukkan pemain dari Taiwan Hsu Jen Hao 21-5, 21-7.

 

Kini Chong Wei berada di bawah jurulatih lamanya iaitu Datuk Misbun Sidek yang juga terkenal sebagai jaguh badminton negara.

 

Berikut adalah lima watak kejurulatihan Misbun Sidek;

Foto Kredit: mStar

 

  1. Tegas dan tidak menghalang kretiviti pemain.
  • Jika kita lihat video yang dimuatnaik oleh Misbun, latihan yang pemain jalani amat sukar dengan ketegasan yang dimiliki olehnya. Akan tetapi dia tidak pernah menghalang pemain dibawah kendaliannya untuk menunjukkan teknik atau skill semasa bermain.

 

  • Bagi Misbun, kunci untuk berjaya adalah mendisiplinkan diri dengan sepenuhnya. Sebagai contoh, bekas penyandang All England, Muhammad Hafiz Hashim pernah berkongsi pengalamannya apabila lewat untuk membuat sesi latihan.
  • Akibat datang lewat, dia tidak dibenarkan oleh Misbun untuk mengadakan sesi training pada masa itu hanya boleh duduk diluar pintu masuk dewan sahaja.

 

  1. Bantu pemain kejar impian mereka.
  • Jurulatih yang berdedikasi adalah seorang yang memahami kehendak pemain dan mencuba untuk menaikkan pemain tersebut dengan potensi yang mereka ada.
  • Tapi, kalau nak harapkan jurulatih sahaja tetapi tak ada usaha dari pemain tu pun susah jugak kan? Jadi pemain juga perlu memainkan peranan dan memberi komitmen dalam sukan mereka ceburi.

 

  1. Tonjolkan diri.
  • Menurut Misbun, setiap pemain boleh berjaya sekiranya mererka berusaha dengan keras dan menonjolkan diri mereka dengan mempamerkan permainan yang bagus dalam latihan mahupun kejohanan yang disertai.

 

  1. Ilmu menjadi jurulatih.
  • Minat yang mendalam perlu ada untuk menjadi seorang pendidik. Terserlah bakat kejurulatihan yang Misbun peroleh adalah semulajadi dengan minatnya untuk mendidik pemain badminton untuk menjadi yang tersohor di dunia.
  • Sebagai contoh, dia berjaya menjadikan LCW sebagai pemain badminton nombor satu dunia dengan pelbagai kejayaan yang mereka kecapi bersama.