Connect with:




Jaguh badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei menjalani rawatan di Taiwan untuk menyembuhkan penyakit yang boleh mengancam kerjayanya.

Dia yang berusia 35 tahun itu akan berada di Taiwan selama dua bulan.

Dalam pada itu, raja badminton ini menarik diri dari kejohanan Dunia di Nanjing China yang bermula hari ni dan juga Sukan Asia Indonesia dari 17 Ogos-2 Sept.

Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria berkata, mereka telah memberi ruang kepada Chong Wei untuk melakukan rawatan yang sepatutnya.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita menghormati privasi Chong Wei dan telah memberikannya masa untuk membuat keputusan dan membantunya untuk pulih dengan cepat,” kata Norza.

“Dia memerlukan rawatan terbaik untuk masalah gangguan pernafasannya dan kami akan menunggu selama beberapa minggu akan datang sebelum mengeluarkan kenyatann mengenai kesihatan beliau. Buat masa ini, kami hanya mahu dia memberi tumpuan kepada sesi rawatan dan pulih dengan baik, “katanya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) minggu lalu, orang ramai dan media diminta untuk menghormati privasi Chong Wei dan keluarganya.

“Kami berdoa agar beliau cepat sembuh dan kita akan dapat menyambut kepulangannya nanti,” kata kenyataan itu.

Foto Kredit: FB LCW