Connect with:




Pemain Badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei memberi bayangan bahawa Sukan Asia lebih penting berbanding kejohanan Dunia.

Bagi Chong Wei, Sukan Asia yang diadakan empat tahun sekali mungkin menjadi pendorong utama untuk beliau lebih memberi tumpuan berbanding kejohanan dunia yang diadakan setiap tahun. Namun kejuaraan dunia masih lagi menjadi impiannya kerana Chong Wei belum pernah memenanginya lagi.

Apatah lagi mungkin ini penampilan terakhir Chong Wei dalam kejohanan Sukan Asia memandangkan usia beliau kini sudah menjangkau 36 tahun.

Namun begitu jika dilihat tarikh dua kejohanan ini begitu hampir dimana kejohanan dunia akan berlangsung pada  30 Julai hingga 5 Ogos manakala Sukan Asia membuka tirai pada 18 Ogos hingga 2 September.

Jika Chong Wei bermain hingga ke perlawanan akhir kejohanan dunia itu, masa rehat yang beliau ada begitu singkat dan sudah tentu ia memberi sedikit keletihan padanya.

Empat tahun lepas ketika Sukan Asia, Chong Wei hanya menang gangsa selepas tewas kepada seteru utama beliau dari China, Lin Dan.

Foto Kredit : leechongweiofficial