Connect with:




Lee Chong Wei terus menunjukkan kehebatan mara ke suku akhir perseorang lelaki sekaligus akan beradu aksi bertembung menentang Lin Dan dari China di Kejohanan All-England.

Juara empat kali itu terpaksa bertahan selama 64 minit untuk menewaskan Lee Dong-keun,27 dari Korea Selatan 21-6, 13-21, 21-18 pada pusingan kedua di Arena Birmingham pada Khamis.

Dalam perlawanan pembukaan itu menyaksikan Chong Wei, 36 berada dalam kedudukan selesa untuk menempah kemenangan set pertama 21-6 sebelum keselesaan itu diragut dalam set kedua apabila Dong-Keun merampas kemenangan itu dengan 13-21.

Namun, tuah menyebelahi Chong Wei dalam aksi penentuan apabila dia berjaya merebut kemenangan semula apabila menewaskan pemain yang berusia 27 tahun itu dengan kemenangan 21-18.

“Saya tidak menyerah dan saya hanya bertahan seterusnya saya memenangi beberapa mata penting,” kata Chong Wei.

Dalam pada itu, dia akan berdepan dengan All-England enam kali, Lin Dan untuk kali ke-40 pada Jumaat (16 Mac) iaitu pada hari ini. Juara dunia lima kali itu menewaskan Wang Tzu-wei dari Taiwan 21-13, 23-21 dalam satu lagi pusingan kedua untuk menubuhkan gagasan pertarungan antara para veteran.

“Kami adalah dua pemain lama sukan ini, ia akan menjadi pertarungan sengit sehingga akhir,” kata Chong Wei, yang hanya memenangi 12 daripada 39 perlawanan.

Sementara itu, Chen Long akan menentang Shi Yuqi, rakan senegaranya dalam perlawanan suku akhir.
Bagi pemain beregu negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong terus selesa mengekalkan bendera Malaysia disana apabila mereka mencapai suku akhir beregu lelaki di All-England selepas meraih kemenangan.

V Shem-Wee Kiong berjaya mengalahkan Marcus Ellis-Chris Langridge dari England dengan aksi sengit 16-21, 23-21, 21-12 pada pusingan kedua di Arena Birmingham pada hari Khamis.

Mereka akan berentap dengan pasukan kegemaran Eropah Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark untuk menempah tempat di separuh akhir.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio V Shem-Wee Kiong bertekad untuk melangkah dengan lebih baik selepas mara di suku akhir bagi edisi tahun lepas.