Connect with:




Bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho memberitahu bahawa dia sepatutnya diberikan kredit kerana membawa Mohamed Salah ke Stamford Bridge, bukannya dipersalahkan kerana menjualnya kepada AS Roma pada 2016.

Mourinho dan Chelsea sebelum ini telah membeli Salah yang ketika itu berusia 21 tahun daripada Basel pada Januari 2014. Walaubagaimanapun, pemain Mesir itu menghadapi masa sukar apabila tiba di kelab itu yang menyaksikan dia dipinjamkan kepada Fiorentina sebelum menjualnya kepada Roma.

Salah kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas menyertai Liverpool dengan rekod perpindahan kelab dan telah mempamerkan prestasi menakjubkan di bawah bimbingan Jurgen Klopp’s, menjaringkan 43 gol dalam semua pertandingan serta menggondol anugerah pemain terbaik tahunan PFA.

“Saya rasa semua terkejut malah dia sendiri. Ia sangat fanstastik,” kata boss Manchester United itu.

“Dia adalah pemain hebat yang telah mencapai tahap kematangan, telah merasai pengalaman di liga berbeza dan sekarang dia boleh mengadaptasikan diri dengan cara permainan pasukan, jurulatih dan juga kelab. Saya tidak terkejut.”

Salah kini berada di landasan yang terbaik untuk memecah rekod jaringan gol legenda Liverpool, Ian Rush dan juga antara calon pilihan untuk anugerah Ballon d’Or selepas persembahan bertaraf dunia menentang AS Roma dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara Juara Eropah, Selasa lalu.

Ramai yang mempersoalkan tindakan Chelsea menjual pemain tersebut dan Mourinho mempertahankan dirinya dengan berkata bahawa sangat tidak adil kerana meletakkan kesalahan tersebut ke atas dirinya.

“Orang luar mengatakan saya bersalah kerana menjual Salah tetapi sebaliknya.

“Saya yang membeli Salah.

“Saya yang menyuruh Chelsea untuk membeli Salah dan saya bertanggungjawab untuk membawa Salah ke Chelsea. Tetapi waktu itu dia sangat muda, secara mental dan fizikal dia belum bersedia, serta budaya dan sosial yang berbeza dan ini perkara sukar untuknya.

“Kami memutuskan untuk meminjamkannya dan dia meminta untuk dipinjamkan lebih lama kerana mahu lebih banyak masa bermain, menjadi matang dan dia ingin pergi ke Fiorentina. Di Fiorentina dia mula matang.

“Chelsea yang membuat keputusan untuk menjualnya.”

“Dan apabila ada orang yang menyalahkan saya kerana menjualnya, ia adalah satu pembohongan. Saya membeli dia. Saya bersetuju untuk meminjamkannya ke kelab lain kerana saya fikir ia perlu. Saya fikir Chelsea mempunyai pemain sayap – ketika itu ada Willian, Hazard dan semua pemain yang sudah berada di tahap yang berbeza.

“Apa yang penting dia seorang pemain yang hebat, dan saya sangat gembira dengan apa yang berlaku kepadanya terutama sekali dia menjaringkan kepada semua pasukan tetapi tidak menjaringkan gol terhadap kami dalam dua perlawanan.”

Sumber : ESPN