ProEvents Group, promoter  eksklusif Jelajah Asia Chelsea 2011 mengumumkan bahawa naib juara Liga Perdana England musim 2010/11 itu akan mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan skuad Malaysia pada 21 Julai depan.

Perlawanan persahabatan ini akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam.

Tiket perlawanan persahabatan Malaysia bertemu Chelsea akan mula dijual pada 20 hingga 29 Mei ini di butik Adidas terpilih seluruh negara. Tiket-tiket tersebut akan dijual pada harga RM58, RM68, RM108 manakala tiket VIP pula pada harga RM388 dengan jumlah yang terhad.

Dengan pembelian tiket tersebut, peminat The Blues turut berpeluang mendapat pas percuma menyaksikan sesi latihan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu pada 19 Julai.

ProEvents merupakan promoter eksklusif Jelajah Asia Chelsea 2011 dan penaja rasmi bagi perlawanan tersebut adalah Adidas, Astro, One World dan Naza World.