Chelsea terus di timpa nasib malang apabila kali ini mereka tewas 1-4 kepada Watford dalam perlawnan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kekalanhan ini juga merupakan kekalahan kedua mereka dalam masa seminggu dan kedua-dua kekalahn dengan jairngan yang besar.

Kini nasib pengurus Chelsea, Antonio Conte terus menjadi tanda apakah dia akan terus membawa skuad ini hingga tamat musim atau akan di pecat. Hal ini kerana, Chelsea terkenal dengan pemecatan ‘coach’ apabila sering mencatat keputusan tidak berapa baik.

Dalam perlawanan itu, Watford berjaya memanfaatkan kelebihan yang mereka miliki apabila pemain Chelsea, Tiémoué Bakayoko di layankan kad merah pada minit ke-30 setelah menerima kad kuning kedua beliau.

Troy Deeney membuka jaringan awal tuan rumah apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-42.  Chelsea berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-82 menerusi Eden Hazard.

Namun gol penyamaan Chelsea itu hanya bertahan seketika sahaja apabila Darly Deulofeu berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-88. Roberto Pereyra memastikan Chelsea terus menderita apabila berjaya menjaringkan gol ketiga pada masa kecederaan sekaligus mencatat kemenangan selesa di halaman sendiri.

Perlawanan seterusnya, skuad Antonio Conte akan bertemu West Bromwich Albion di halaman mereka sendiri. Mampukah Chelsea mencatat kembali kemenangan atau akan terus menimpa nasib malang?

 

Foto Kredit : FB Watford FC