AS Roma berjaya merampas takhta Kumpulan C Liga Juara-juara selepas menumpaskan Chelsea 3-0 dengan El Shaarawy berjaya meledak dua gol, awal pagi tadi.

 

El Shaarawy membuka jaringan seawal minit pertama dan gol keduanya menyusul sembilan minit sebelum rehat – dengan pemain Argentina, Diego Perotti melengkapkan kemenangan pada minit ke-63.

 

Roma dilihat semakin hampir dengan kelompak 16, dengan berjaya memintas The Blues yang mengharapkan dapat mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati dengan dua baku perlawanan dalam kumpulan C.

 

Roma dengan kendalian Eusebio Di Francesco adalah salah satu pasukan yang belum tewas di dalam saingan kumpulan dengan mengumpul lapan mata daripada empat perlawanan.

 

Menurut Conte, dia tidak berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan oleh anak buahnya tetapi mereka melakukan yang baik di babak kedua permainan, dia menambah bahawa Roma berhak memenangi perlawanan perlawanan malam tadi dengan perlawanan yang sempurna ditunjukkan.

 

Roma akan bertandang ke laman Atletico Madrid selepas ini manakala Chelsea terpaksa mengharungi perjalanan jauh ke Azerbaijan bertemu Qarabag. – AFP

 

Foto Kredit : Facebook AS Roma