Chelsea gagal memanfaatkan bermain di halaman sendiri apabila sekadar mampu mencatat keputusan 1-1 dengan Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) peringkat kalah mati pusingan pertama yang berlangsung di Stadium Stamford Bridge awal pagi tadi.

Chelsea yang turun memburu kemenangan ternyata tidak memberi ruang kepada Barcelona untuk bemain secara bebas apabila berjaya memberi tekanan kepada setiap pemain pada separuh masa pertama.

Willian mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun tiang menjadi penyelamat kepada Barcelona.

Willian akhirnya berjaya menceriakan penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol pada minit ke-62 hasil hantaran dari Eden Hazard.

Namun jaringan itu hanya mampu bertahan seketika sebelum ayam tambatan Barcelona, Lionel Messi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-75 hasil gerakan dari Andres Iniesta.

Keputusan seri menyaksikan ia sedikit memberi kelebihan kepada Barcelona untuk permain pada pusingan kedua nanti apabila mempunyai gol tempat lawan. Tugas berat menanti Antonio Conte kerana mereka akan bermain di tempat Barcelona yang mempunyai rekod cemerlang di halaman sendiri.

Satu lagi keputusan menyaksikan Bayern Munich berpesta gol menewaskan Besiktas 5-0. Thomas Mueller dan Robert Lewandowski masing-masing menjaringkan dua gol manakala Kingsley Coman menjaringkan satu gol.

Foto Kredit : Chelsea Football Club