Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea mempunyai peluang besar untuk mempertahankan kejuaraan tersebut jika bintangnya Eden Hazard mampu tampil cemerlang musim hadapan.

Pengendali berpengalaman, Harry Redknapp percaya dengan kemampuan Hazard berdasarkan prestasi lalu berjaya menyumbat 17 gol dan tujuh assit banyak membantu pasukan Chelsea meraih kejuaraan.

Menurut Redknapp, Hazard adalah kunci penting The Blues untuk kekal berada di atas carta EPL pada musim hadapan.

“Jurulatih Chelsea, Antonio Conte bakal mengharungi musim yang bagus seperti tahun lalu dan pasukannya akan menjadi pesaing terkuat dalam liga.

“Hazard merupakan kunci utama pasukan Chelsea, jika dia tampil bagus mereka ada peluang untuk mempertahankan kejuaraan,” katanya.

Redknapp berkata, kehadiran pemain baharu seperti Alvaro Morata dan Tiemoue Bakayoko memilik potensi besar untuk mengukuhkan lagi skuad Chelesa menghadapi persaingan liga musim hadapan.

Tambah Redknapp, pasukan telah membelanjakan wang yang banyak dan pemain baharu perlu berkeja keras bagi memastikan perbelanjaan tersebut berbaloi.